=== start title seo ==== PRU - Ada ahli PKR tanding atas tiket bebas | putrajaya bloggers ===end title seo ===

PRU - Ada ahli PKR tanding atas tiket bebas

KUALA LUMPUR 9 April - Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong menjangkakan lebih ramai ahli-ahli parti itu akan bertanding atas tiket bebas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata, tindakan itu diambil berikutan ramai di kalangan ahli PKR berasa tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti itu.

"Saya telah dimaklumkan bahawa ramai calon bebas yang akan bertanding pada PRU-13 adalah terdiri di kalangan ahli-ahli PKR itu sendiri."Mereka tidak berpuas hati dengan peletakan calon-calon bukan tempatan yang bertanding di sesuatu kawasan," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Sementara itu, Lum Yong berkata, pembangkang dijangka goyang dan berkemungkinan mengalami kekalahan teruk pada PRU-13 berikutan semakin ramai penyokong hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan ketiga-tiga parti, terutama PKR."Selain calon bebas, lebih ramai ahli PKR akan membuat pusingan U dan menyertai Barisan Nasional (BN) selepas ini," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...