=== start title seo ==== Azizan sedang dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang | putrajaya bloggers ===end title seo ===

Azizan sedang dirawat di ICU Hospital Pulau Pinang

GEORGETOWN - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang.
Dalam satu kenyataan, Pengarah hospital itu, Datuk Dr Yasmin Sulaiman berkata Azizan dimasukkan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma semalam sebelum dipindahkan ke ICU pada pukul 9.15 malam tadi.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man dijadual melawat Azizan petang ini.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Salleh Man Mat Aji mengesahkan keadaan Azizan setakat ini dalam keadaan stabil.
Menurutnya, Azizan hanya 'direhatkan' kerana terlalu penat.

"Dia dah boleh buka mata, gerakkan tangan, cuma saya difahamkan kakinya ada jangkitan, itu sahaja. Dia stabil, dia OK.

"Cuma dia direhatkan kerana terlalu penat. Kita harap semua orang berdoa untuknya," katanya kepada media selepas melawat Azizan sebentar tadi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...