=== start title seo ==== PRU-13: Polis kenal pasti kumpulan rancang kekecohan | putrajaya bloggers ===end title seo ===

PRU-13: Polis kenal pasti kumpulan rancang kekecohan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti beberapa kumpulan dipercayai merancang melakukan kekecohan pada hari pembuangan undi sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengenai dakwaan berlakunya kekecohan itu dan beberapa individu termasuk orang kenamaan juga telah dipanggil bagi merakamkan percakapan.
"Amaran telah diberikan termasuk kepada kumpulan ini dan polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya mereka tetap berkeras melakukannya," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...