KUALA LUMPUR - Gendang Kongres Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke-50 semakin rancak dipalu dalam masa kurang dua minggu menjelang pemilihan pada 25 Mei ini apabila salah seorang calon Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelihatan memberi isyarat kuat akan bertanding.
Menurut sumber yang dipercayai, Tunku Ismail akan mengadakan perjumpaan secara tertutup bersama perwakilan-perwakilan badan gabungan FAM di salah sebuah lokasi yang dirahsiakan di Johor Bahru bagi menyampaikan misi dan visinya serta mendapatkan maklum balas daripada mereka yang hadir.
Malahan, perjumpaan itu turut didukungi oleh Timbalan Presiden FAM yang kini dalam penggantungan, Tan Sri Annuar Musa yang memberi sokongan padu kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu untuk mencabar penyandang, Sultan Ahmad Shah dan anakanda baginda, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Pertandingan bagi jawatan Presiden kemungkinan pasti berlaku kerana TMJ cukup serius mahu bertanding dan beliau ada menemui beberapa perwakilan baru-baru ini.
"Yang terbaru, satu perjumpaan menemui perwakilan badan-badan gabungan akan diadakan di salah sebuah hotel di Johor Bahru memandangkan pemilihan semakin hampir.
"Ini menunjukkan beliau bersedia untuk bertanding kerana Tan Sri Annuar juga banyak membantu beliau dalam soal kempen kali ini dengan melakukan penjelasan secara terus kepada perwakilan, " kata sumber berkenaan.
Sebelum ini, TMJ pada peringkat awalnya difahamkan tidak mahu bertanding setelah menerima tiga pencalonan daripada 20 ahli gabungan, namun melakukan pusingan U pada saat akhir yang menyebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru dengan Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah.
Namun, pada sidang akhbar baru-baru ini, TMJ kelihatan berteka-teki mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding jawatan Presiden FAM atau tidak kerana beliau percaya, apa yang bakal berlaku seakan sudah boleh dibaca, terutama keputusan pemilihan.
Tengku Abdullah yang kini merupakan Timbalan Presiden FAM dilihat sebagai calon favourite untuk memenangi jawatan Presiden kerana mendapat sokongan daripada 12 perwakilan lain, sementara ayahandanya, Sultan Ahmad Shah, sebanyak lima pencalonan.
Usaha yang dilakukan oleh TMJ untuk menemui perwakilan dilihat sebagai usaha terakhirnya bagi mendapatkan sokongan. Peluang beliau untuk menang dalam pemilihan tersebut dilihat banyak bergantung pada perjumpaan berkenaan.
"Buat masa ini kebanyakan perwakilan dijangka hadir untuk mendengar sendiri apa yang mahu dilakukan TMJ jika dipilih sebagai Presiden FAM.
"Dijangkakan pertandingan kali ini sengit memandangkan kempen yang nyata begitu agresif daripada TMJ pada pemilihan kali ini.
"Apa pun ia dilihat sebagai satu petanda yang sihat kepada sistem demokrasi yang diamalkan FAM," kata sumber itu lagi.
© Utusan Melayu

No comments:
Post a Comment