Tiga individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai anggota kumpulan pecah dan samun kereta ditahan di Subang Jaya petang tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek pada mulanya dikesan di kawasan parkir Stesen KTM Komuter Batu Tiga pada pukul 4.50 petang dalam sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, setelah cuba diperiksa oleh anggota cawangan kereta peronda (MPV), kereta itu dipecut sehingga melanggar bahagian kanan pintu hadapan kereta peronda berkenaan.
"Anggota polis cuba menghalang kereta itu sambil mengunakan alat pembesar suara meminta mereka memberi kerjasama, namun sekali lagi suspek melanggar kereta MPV dan terus memecut menghala ke Seksyen 22, Shah Alam.
"Semasa tiba di lampu isyarat di terowong Batu 3, mereka terus memecut dan melanggar sebuah motosikal. Anggota MPV yang mengekori kereta suspek akhirnya dapat memintas dan menghalang kereta itu," katanya ketika dihubungi.
Kesemua suspek termasuk seorang wanita dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Yahaya berkata, warga Thailand itu merupakan pelayan restoran kedai tomyam manakala lelaki tempatan itu bekerja menjual air dan mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah, sementara wanita berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah.

No comments:
Post a Comment