Panduan berpuasa untuk mereka yang mengidap penyakit kencing manis, adalah satu panduan serius kena ikuti oleh pesakit kencing manis. Jangan ambil mudah, kerana jika salah pemakanan, seseorang yang ada penyakit ini boleh menghadapi masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi. Malah, dalam sesetengah kes, jika tidak ditanggani boleh menyebabkan pesakit pengsan dan koma!
Terma hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi tentu ramai yang tidak tahu. Jadi, saya ringkaskan di bawah ini untuk lebih pemahaman.
Buat masa ini, saya masih lagi bebas dari pengambilan ubat berkaitan kencing manis. Saya telah memohon untuk melakukan pengubahsuai cara hidup dan cara pemakanan saya. Tempoh 6 bulan diberikan kepada saya untuk menunjukkan perubahan positif.
Ada kata orang yang mempunyai penyakit kencing manis tidak perlu berpuasa, disebabkan oleh risiko-risiko yang saya sebutkan di awal tadi. Tapi, saya fikir dengan cara berpuasa, seorang pesakit itu boleh kawal dengan baik kandungan gula dalam darah, lantas membolehkannya bebas dari belenggu penyakit ini.
Kepada mereka yang senasib dan mempunyai adik-beradik, sedara-mara, jiran, atau kawan-kawan yang hadapi masalah ini, mungkin boleh jadikan panduan diet di atas sebagai rujukan.
Kepada sesiapa sahaja yang mendapati diri mereka ada kandungan gula dalam darah yang tinggi, saya nasihatkan cuba mendapat pendapat dan bantuan doktor menerusi diet pemakanan dan cara hidup sebelum ambil keputusan menggunakan atau mengambil ubat seperti insulin.
Apabila anda dah mula ambil ubat, maka tubuh badan hanya akan respon dengan ubat je selepas itu, kalau tak ada ubat, risiko tinggi. Hidup pun bergantung dengan ubat sudahnya.
In Sha Allah, dengan sedikit perkongsian ini saya harap ada yang boleh memanfaatkannya.
Sumber dan rujukan: http://www.mmgazette.com/faulina-khamisan-puasa-diabetes/
Terma hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi tentu ramai yang tidak tahu. Jadi, saya ringkaskan di bawah ini untuk lebih pemahaman.
- Hipoglisemia - keadaan di mana pesakit menghadapai masalah paras gula dalam darah terlalu rendah
- Hiperglisemia - keadaaan pesakit yang ada paras gula terlalu tinggi
- Dehidrasi - pesakit kencing manis kekurangan air di dalam tubuh badan.
Panduan Berpuasa Ramadan Buat Pesakit Kencing Manis
Sejak saya disahkan hadapi penyakit Kencing Manis dengan bacaan antara 10-12mmol/L; saya perlu berhati-hati dengan apa yang saya makan dan mahu makan. Nasib baik saya ada isteri yang agak arif bab-bab ini, dan nyata sangat prihatin dengan makanan yang saya ambil dan perlu ambil.Kadar Kandungan Gula | Tahap |
---|---|
Dari 70 – 99 mg/dL (3.9 – 5.5 mmol/L) | Normal |
Dari 100 – 125 mg/dL (5.6 – 6.9 mmol/L) | Berisiko untuk mendapat diabetes |
126 mg/dL (7.0 mmol/L) dan ke atas | Diabetes |
Buat masa ini, saya masih lagi bebas dari pengambilan ubat berkaitan kencing manis. Saya telah memohon untuk melakukan pengubahsuai cara hidup dan cara pemakanan saya. Tempoh 6 bulan diberikan kepada saya untuk menunjukkan perubahan positif.
Ada kata orang yang mempunyai penyakit kencing manis tidak perlu berpuasa, disebabkan oleh risiko-risiko yang saya sebutkan di awal tadi. Tapi, saya fikir dengan cara berpuasa, seorang pesakit itu boleh kawal dengan baik kandungan gula dalam darah, lantas membolehkannya bebas dari belenggu penyakit ini.
Contoh Menu Diet Pesakit Kencing Manis Ketika Ramadan
Apa yang perlu saya buat ialah melaksanakan panduan berpuasa untuk pesakit kencing manis. Saya telah dapatkan satu contoh diet atau panduan pemakanan yang disyorkan, seperti jadual di bawah.Waktu Makan | Contoh Menu |
---|---|
Berbuka puasa(7.30 malam) | 1 biji buah epal / 2 biji kurma |
1 keping kuih tanpa gula | |
1 gelas susu | |
Selepas solat maghrib (8.00 malam) | 1 ½ cawan nasi / mi / mihun |
1 ketul ayam / ikan | |
1 cawan sayur berdaun hijau | |
1 biji buah limau | |
Air kosong | |
Selepas tarawih/minum malam (10.30 malam) | 1 keping kuih tanpa gula / 3 keping biskut krim kraker / 1 keping roti |
1 gelas susu | |
Sahur (5.00 pagi) | 1 ½ cawan nasi / mi / mihun |
1 ketul ayam / ikan | |
1 cawan sayur berdaun hijau | |
1 potong betik |
Kepada mereka yang senasib dan mempunyai adik-beradik, sedara-mara, jiran, atau kawan-kawan yang hadapi masalah ini, mungkin boleh jadikan panduan diet di atas sebagai rujukan.
Tips Berpuasa Pesakit Kencing Manis
Dan berikut beberapa tips untuk pesakit kencing manis semasa berpuasa.- Jangan tinggal waktu bersahur.
- Waktu bersahur perlulah selewat mungkin sebelum waktu imsak.
- Ketika bersahur perlu seimbangkan makanan dengan karbohidrat yang secukupnya.
- Jangan melambatkan waktu berbuka.
- Memadai waktu berbuka dengan 2 biji kurma terlebih dahulu sebagai sebahagian daripada karbohidrat.
- Hadkan pengambilan makanan yang tinggi gula.
- Digalakkan mengambil hidangan utama selepas solat maghrib.
- Perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang.
- Minum malam selepas solat tarawih.
- Boleh diambil sebagai pengganti snek sebelum tidur.
- Sertakan buah-buahan dan sayur-sayuran ketika sahur dan berbuka.
- Karbohidrat yang mengandungi serat yang tinggi adalah digalakkan untuk setiap hidangan utama.
- Hadkan makanan yang bergoreng dan berlemak.
- Contohnya: Masakan berlemak yang menggunakan santan, ayam goreng, mi goreng dan lain-lain.
- Hadkan makanan yang tinggi garam.
- Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kekurangan air.
- Minum air secukupnya.
- Minum air yang cukup terutamanya ketika sahur untuk menggantikan air yang hilang ketika berpuasa. Disarankan untuk mengambil 8 gelas air sehari terutama ketika masa tidak berpuasa (malam).
Risiko Pesakit Kencing Manis yang Berpuasa Ramadan
Awal tadi, saya ada kongsikan mengenai 3 mudarat yang mungkin dihadapi oleh pesakit kencing manis jika berpuasa. Maka, untuk itu kena tahulah tanda-tanda awal terkena 3 mudarat tersebut. Bila ada tanda-tanda ini, maka dibolehkan untuk pesakit kencing manis berbuka puasa untuk mengelakkan lebih mudarat dan bahaya.Tanda Hipoglisemia
- Lemah, menggigil.
- Berpeluh.
- Pening.
- Lapar.
- Penglihatan Kabur.
- Letih-lesu.
- Sakit kepala.
Cara Atasi Hipoglisemia
- Sekiranya mengalami tanda-tanda hipoglisemia, minum ½ cawan air manis atau hisap 3 biji gula-gula atau 3 sudu teh gula/madu.
- Kemudian, rehat 10 hingga 15 minit. Jika paras gula darah tidak kembali paras normal, sila ulangi langkah 1 sekali lagi.
- Jika jarak masa makan yang seterusnya adalah lebih dari 20 minit, sila ambil 1 hidangan karbohidrat kompleks seperti 1 keping roti atau 1 keping sandwich atau 3 keping biskut kraker krim atau 1 biji buah atau 1 cawan susu.
Tanda Hiperglisemia
- Kerap buang air kecil.
- Terlalu dahaga.
- Sangat letih.
Tanda Dehidrasi
- Amat dahaga.
- Kulit dan lidah yang terlalu kering.
- Fikiran terganggu.
Kepada sesiapa sahaja yang mendapati diri mereka ada kandungan gula dalam darah yang tinggi, saya nasihatkan cuba mendapat pendapat dan bantuan doktor menerusi diet pemakanan dan cara hidup sebelum ambil keputusan menggunakan atau mengambil ubat seperti insulin.
Apabila anda dah mula ambil ubat, maka tubuh badan hanya akan respon dengan ubat je selepas itu, kalau tak ada ubat, risiko tinggi. Hidup pun bergantung dengan ubat sudahnya.
In Sha Allah, dengan sedikit perkongsian ini saya harap ada yang boleh memanfaatkannya.
Sumber dan rujukan: http://www.mmgazette.com/faulina-khamisan-puasa-diabetes/
No comments:
Post a Comment