=== start title seo ==== Rawatan kencing manis yang luka | putrajaya bloggers ===end title seo ===

Rawatan kencing manis yang luka

Hari ini nak berkongsi pengalaman mengubati pesakit kencing manis yang luka.
Pada masa kini kencing manis merupakan salah satu penyakit utama di negara kita ini. Dan kebanyakkan pesakit kencing manis ini kalau luka pasti sukar hendak pulih lukanya dan apatah lagi jika nilai kencing manisnya tinggi.

Dan aku pernah analisis pesakit perawatan kencing manis yang tinggi iaitu 26 nilainya dan pada masa yang sama luka di kaki.
Simptom kebiasaan pesakit kencing manis biasanya akan ujud kudis-kudis kecil berwarna hitam dikaki mereka.
Jika kencing manis terlalu tinggi kudis-kudis ini yang sebesar duit 5 sen ini boleh menjadi luka dan membesar.
Inilah yang berlaku pada ibu mertuaku!!

Punca kencing manis ibu mentua aku ( isskkk panggil mak mentua lagi ngam ..kalau ibu mertua macam cerita P. Ramlee lak...hehehehehe). ialah kegemarannya makan buah-buahan manis seperti ciku, durian, mata kucing. Tahu-tahu ajer ler duduk kat kampung semua buah-buahan ini sentiasa ada.
Disebabkan asik makan makanan ini, so badan mak mentua aku tak selesa so MM aku pun check kat klinik dan pada masa yang sama kudia tu dah luka, pehhhh...kencing manis MM aku 26...
Dan di tambah lagi kudis kat MM aku melarat dan hingga menjadi besar kemerah-merahan.

So tindakan pertama MM aku ialah seperti biasa makan ubat kencing serta membeli produk tradisional MLM yang tak perlu aku sebutkan. Selepas 2 minggu tak berkesan dan lagi teruk lukanya.

So tindakan pertama yang kami lakukan ialah hentikan semua pemakanan ubat-ubatan yang dimakan oleh MM saya. Tetapi ubat kencing manis diteruskan seperti biasa.
Kedua kami kena membuat monitoring penurunan dan kenaikan kadar kencing manis MM aku.
Untuk memastikan luka itu cepat sembuh, pertama kita pastikan kadar kencing manis turun. AKu punya pronsip senang ajer. Kencing manis turun maka luka kau pun baik ler...Itu hipotesis aku.

Beli Alat Ukur Kencing Manis
hanifidrus
Harga yang dibeli dalam RM120. Ianya sebuah alat automatik yang mengukur nilai kencing manis.
Mula-mula test waktu malam ianya memberi kiraan 21.Waktu pagi pula ia memberi kiraan 16.
Wajib beli..sebab kalau nak tahu ubat yang kita makan tu beri kesan atau tidak!!


Beli Ubat Moden ( Vitamin)
hanifidrus
Ubat yang kami pilih ialah sebenarnya vitamin. Berfungsi untuk menukat gula kepada tenaga. Biasanya kencing manis lemah kalau tak dapat gula. So dengan ubat ini ia memberi tenaga kepada ibu mertua aku.
Cara pemakanannya ialah mula-mula ubat kencing manis kena makan seperti biasa, selepas satu jam baru makan ubat ini.
Tengahari sekali dan malam lagi sekali. ( 2 biji sehari)
Nama ubat: Safwa Health ( GLUCO-X)--beli yang baik punya Made In New Zealand. 

Perawatan Kencing Manis

 MM aku punya luka kalau kau tengok memang ngeri ler. Lukanya dalam bentuk bulatan, isinya berwarna keputihan-putihan dan berlekuk. Lepas tu ada kopeng-kopeng kulit yang mati.
Jangan panik kalau anda lihat daging kulit tu macam berlekuk atau berlubang,,that normal...hahahahhaha.

Pertama apa harus kita buat:
a) Ambil tisu yang lembut.
b) Tekan disekeliling kawasan luka tersebut. Tujuan untuk mengeluarkan nanah disekeliling luka tersebut.
Nanah ini harus ditekan dan sedikit sakit kepada yang kena tekan ler..hehehehehe. Buat tanpa perasaan..hahahahaha.
Jika nanah ini tidak  dikeluarkan itulah punca luka tu melarat..
c) Lepas tekan taburkan serbuk putih ( beli kat kedai sensei minta ubat luka ( ia berbentuk serbuk putih, orang dulu-dulu selalu pakai )
Ini ubat adalah yang terbaik, kerana melalui perbualan aku dengan salah seorang farmasian, ia kata luka penyakit kencing manis terdapat ulat.
So dengan menggunakan serbuk putih ini akan membunuh ulat-ulat tersebut. Tak payah beli krim antibiotik..aku dah pakai tak jalan...!!
d) Kesokannya kalau nak mandi, cuci dengan dettol.Siram-siramkan ajer...ikut syarat..hehehehhee. Keringkan..
e) Selepas itu kalau kau rasa nanah itu masih ada, ikut teknik (b). Kalau tak banyak buatlah 3 hari sekali. Terpulang pada situasi...
f) Taburkan serbuk putih tersebut....
Lain-lain: Kalau ada keberanian kopek kopeng-kopeng kulit mati tu menggunakan gunting kecil, sebab kat kawasan tu ler biasanya nanah berkumpul..


Melalui sistem monitoring yang aku buat. Mengambil nilai kencing manis MM aku sehari  2 kali.
Dalam masa 2 minggu kencing manis beliau turun dengan banyak. Hanya makan ubat kencing manis dan vitamin tersebut.
Banyakkan minum air suam dan kawal makan benda manis.
Tapi aku tambah lagi, aku beli beras perang untuk MM aku sekali.

Luka pula menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa. Kawasan hitam disekeliling luka tersebut sudah mula kemerah-merahan.
Luka kat daging tu pun tak berwarna putih tetapi sudah mula merah.
Kopeng-kopeng kulit mati mula tertanggal..
Selepas 3 minggu daging-daging baru mula terbentuk dan kawasan luka mula mengecil.

Syukur alhamdulilah atas berkatNya...MM aku semakin pulih.
Ramai kata hantau kat hospital, memang benar.
Tapi penjagaan di hospital tak macam kita jaga, kita kalau nak tekan pun hati-hati. Orang putih kata take time....hehehehehe
Lagi satu kalau kau hantau kat hospital sure kena dressing luka tu dengan potong daging kau yang berwarna hitam tu...hissskkk..

Aku nak berkongsi ilmu penjagaan dan rawatan kencing manis yang berjaya aku lakukan
Ini pun melalui pertanyaan dan rekemen dari farmasi dan doktor-doktor...

Kos pun tak begitu banyak:
Wajib beli: 
Monitoring kit: RM150
Safa Vitamin : RM80 sekotak X 2 kotak
Serbuk Putih: RM10
Ubat Kencing Manis: Ambil kat klinik...
Beras Perang: RM 28
Yang penting kesabaran jaga orang tua ini..kekekekeke

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...